Best jadi speaker...masa Artistry night

Best jadi speaker...masa Artistry night

Wednesday, March 19, 2008

solekan...



INFO: Solekan mata natural
Kulit putih=Bagi yang berkulit putih, warna paling sesuai untuk dioles ke kelopak mata adalah rangkaian warna coklat. Supaya tidak kelihatan pucat, calit sedikit pembayang mata berwarna merah jambu pada tulang kening supaya kulit kelihatan lebih cerah dan segar.

Kulit sawo matang =Gadis berkulit sawo matang, gunakan pembayang mata berwarna coklat keperangan (taupe). Boleh juga digunakan pilihan warna tanah atau oren kecoklatan. Pilihan warna itu akan membuatkan solekan mata kelihatan lebih moden dan tidak terlalu polos.

Kulit kuning langsat= Oleskan warna karamel, perang kekuningan (tan) atau kuning gangsa (bronze) bagi mendapatkan kelainan. Boleh juga pilih pembayang mata berwarna sedikit keemasan bagi solekan di sebelah malam.

Kulit gelap =Tidak perlu khuatir kerana untuk yang berkulit gelap, solekan nude masih berkesan. Pilih rangkaian pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata kerana ia sangat sesuai serta dapat memberikan hasil berkilau di kulit gelap anda. Boleh juga pilih warna dari nuasa coklat gelap untuk kelihatan lebih segar.

komen:
APAKAH yang menyebabkan seseorang itu kelihatan menarik walaupun pakaian dan aksesori yang dipakainya bukan jenis mewah. Sebaliknya ada orang yang memakai pakaian dan aksesori berharga ribuan ringgit, tetapi penampilan yang cuba ditonjolkan tidak kena langsung.
Ramai orang ingin mempamerkan imej menarik dan bergaya, tetapi tidak mengetahui caranya sedangkan penampilan diri mempunyai pengaruh yang besar hingga mampu membentuk sikap dan emosi positif dalam diri seseorang. Penasihat imej di Bollywood Starz Glizz Beauty Studio, Pamela Wathy, berkata masih ramai individu yang tersilap bergaya. Katanya, antara punca utama keadaan itu berlaku adalah kerana terlalu terikut dengan gaya orang lain yang sebenarnya tidak sesuai dengan tubuh sendiri.
sebenarnya, Hanya tubuh kita yang tahu apa yang boleh dan tidak boleh apabila bergaya. Paling penting ialah mengenali bentuk tubuh dan nada warna yang sesuai dengan kulit. Apabila kita memahami keadaan tubuh, kesedaran terhadap kepentingan menjaga penampilan diri akan wujud sendiri

gaya kini


GAYA RINGKAS ARTIS REMAJA...


Inilah fesyen artis remaja ketika hadir tayangan perdana filem Dunia Baru The Movie. Mereka pilih gaya ringkas sahaja. Kenalah dengan imej remaja dan imej mereka dalam filem tersebut.

pakai je baju apa2pun tapi kalau tingkahlaku dan perangai teruk org tetap akan mengata juga.tapi seelok eloknya pakailah pakaian yg melambangkan ciri2 ketimuran,sesuai dgn kita org asia.buat pe nak ikut style barat?

seme tu umur bawah 19 ke??? definasi remaja bukan 19 tahun ke bawah ke?? dulu masa belajar itulah definasi nye.. dari segi fisiologi n psikologi, remaja takat 19 ja... tapi sekarang ni budak2 lebih cepat matang dari fisiologinya... habuan dedah sana sini.. capit sana sini.. pegang sana sini laki puan.. di manakah remajanya????

Monday, March 10, 2008

Hidup dengan Organik

Hidup sihat dengan organik
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
GADIS manis berusia pertengahan 20-an ini telah hampir setahun mengamalkan makanan organik. Maya Ardilia Husin, graduan undang-undang dari universiti tempatan berkata, beliau beralih kepada corak pemakanan organik kerana khasiat yang diperoleh daripadanya.
“Saya mengetahui kebaikan pemakanan organik ini melalui majalah, internet dan media massa yang lain. Dalam masa setahun saya mengamalkannya, saya rasa diri ini lebih cergas dan kesihatan bertambah baik.
“Saya mengambil keputusan mengamalkannya kerana saya ini bukanlah seorang yang suka memakan sayur-sayuran, justeru itu bagi mengimbangi khasiat di dalam tubuh, maka saya memilih untuk mencuba makanan organik yang sememangnya bebas daripada bahan kimia dan semburan racun perosak yang boleh memudaratkan kesihatan,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau kerap mengambil makanan organik seperti soya, bijirin, buah-buahan, kopi madu dan jus teh epal yang boleh merangsangkan kesihatan lebih baik.
“Walaupun ada yang mengatakan makanan organik ini lebih mahal, namun kebaikan di sebaliknya lagi ‘mahal’ untuk kesihatan jangka masa panjang,” katanya
Maya yang berasal dari Pulau Pinang menambah, masyarakat Malaysia khususnya masih belum lagi mengetahui khasiat makanan organik ini kerana belum banyak pendedahan mengenainya.
“Sekiranya telah mencuba buat pertama kali terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran, pasti hendak lagi kerana kelainan rasa berbanding dengan yang ditanam dengan konvensional.
“Rasanya lebih sedap dan manis, begitu juga dengan roti yang dibuat daripada tepung organik dan jus organik. Keasliannya memang terasa. Tidak rugi walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang lebih. Ia memberi kepuasan yang tidak terhingga,’’ ujarnya.
MAKANAN organik masih terlalu asing bagi masyarakat di negara ini. Tidak banyak pendedahan mengenainya dilakukan walaupun makanan ini telah popular di beberapa negara lain di dunia.
Sebenarnya, memakan makanan organik bukan sahaja mengubah gaya hidup dan kesihatan seseorang malah boleh menyelamatkan bumi daripada terus tercemar dengan bahan kimia akibat aktiviti pertanian.
Banyak persepsi mengenai makanan organik ini. Antaranya ialah makanan khusus untuk mereka yang telah dihidapi penyakit terutamanya kanser atau makanan golongan atasan.
Itu tidak benar, ia adalah makanan untuk semua yang pentingkan kesihatan dan mencintai alam semula sekitar. Malah ia juga boleh melindungi generasi akan datang daripada terus memakan makanan yang dicemari selain melindungi kualiti air, menjimatkan tenaga, membaiki gaya hidup dan sistem nilai, mengekalkan nutrien dan lebih penting lagi rasanya lebih sedap berbanding dengan bukan organik.
Ketua Pegawai Eksekutif Justlife Group Sdn. Bhd., Callie Tai, 41, berkata, gaya hidup dengan memakan makanan organik masih lagi belum popular di Malaysia, ini kerana tidak ada kesedaran dan pendedahan dilakukan secara serius mengenai makanan tersebut.
Menurutnya, makanan organik bukan sekadar untuk kesihatan tetapi membantu menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar. Ini kerana organik ialah makanan yang ditanam tanpa menggunakan baja kimia atau disembur racun perosak.
‘‘Satu kelebihan tanaman organik ialah pencemaran kimia dan racun perosak dapat dikurangkan hampir ke tahap kosong.
‘‘Saya yakin, sedikit demi sedikit pemahaman masyarakat mengenainya akan meningkat juga kerana kini kesedaran menjaga kesihatan dan kos perubatan yang tinggi menyebabkan orang ramai lebih prihatin dalam segi pemakanan sejak muda lagi.
‘‘Ini terbukti apabila semakin banyak kedai menjual produk organik telah wujud di seluruh negara dan kerajaan juga turut menggalakkan pertanian organik sebagai pilihan kepada petani,” katanya ketika ditemui di Justlife Shop, Ikano Power Centre, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Menyingkap sejarah bagaimana beliau menceburi bidang ini, Callie berkata, beliau telah diperkenalkan dengan makanan organik ketika berada di Singapura pada akhir tahun 90-an.
komen:
Menang benar jika makanan bukan organik, kita terpaksa berhadapan dengan penyakit yang bakal dihidapi dan kos perubatan tinggi untuk mengubatinya akibat daripada bahan kimia yang terkandung di dalamnya sejak tanamannya lagi sehinggalah diproses.
Sebenarnya membeli makanan organik ialah pelaburan jangka masa panjang. Jika kesihatan kita baik, maka kita tidak perlu mengeluarkan kos tinggi untuk perubatan, tidak juga dihidapi penyakit yang boleh membuat kita menderita dan yang penting ialah bumi kita selamat daripada racun perosak dan bahan tercemar.Begitu juga jika anda membeli sayur-sayuran, tiada semburan bahan kimia, racun serangga, fungus dan baja tiruan yang boleh menjejaskan kesihatan serta amalan pertanian itu boleh membantu mengekalkan nutrien pada tanah.
Sebenarnya pengambilan roti organik juga boleh memberi nilai kepada kesihatan. Walaupun harganya lebih mahal daripada roti biasa, tetapi faedah yang tersembunyi tidak terhingga tinggi nilainya untuk kehidupan gaya sihat. Saya berhasrat untuk mengambil makanan dan memgalakkan keluarga saya untuk mengambil makanan organik mulai hari ini selepas membaca rencana diatas.
Sama-sama kita memperlihara kesihatan kita dan duit itu tiada nilai jika kesihatan kita tergadai.

Saya komunikator Yang Berjaya

Semalam saya baru menghadiri satu ceramah mengenai mengenali diri dan bersosialise dengan orang lain. sebenarnya menurut penceramah En.Ng mengatakan bahawa untuk membuat orang terpesona dengan gaya komunikasi Anda, pertama sekali perlu buat orang tu senang dengan Anda. Ambil hatinya, pamerkan senyuman dan air muka yang mesra padanya, pendek kata be friendly. Kalau boleh, bijakkan diri Anda untuk berjenaka dan membuat mereka ketawa (jangan lawak bodoh dah le! hehe..)Kedua, seboleh-bolehnya, tumpukan pada diri orang yang Anda bawa bercakap tu. Bawa dia bercerita segalanya pasal dia, kerjayanya, keluarga, pendapatnya tentang isu semasa, cuaca, sukan yang diminatinya, hobinya atau filem terbaru yang suka ditontonnya. Orang suka bila ada orang lain yang memberi perhatian pada mereka. Layan dia seperti mana Anda mahu diri Anda dilayan mesra, professional dan mengagumkan.Bila Anda melatih diri untuk melakukan 2 tips komunikasi di atas, saya percaya Anda akan ada personaliti magnetik! Memukau, menarik, tampan, menawan dan sememangnya attractive!
Semoga anda dapat memanfaat dengan apa yang dikongsi di sini

online motivasi


Di bawah ni adalah petikan imej rupa bentuk blog Motivasi Kejayaan yang baru.


Taip saja perkataan motivasi, kejayaan atau motivasi diri di Yahoo mahupun Google, Anda pasti akan berjumpa dengan blog saudari Norakmal di page pertama. Bagi saya, dia seorang penulis yang bagus, berkarisma dan punya stail tersendiri.
Satu lagi, penulisannya lahir dari hati, simple dan straight forward.
Tak banyak bahan-bahan motivasi dalam bahasa Malaysia yang kita boleh temui di Internet. Menyedari kekurangan ini, saudari Norakmal mengambil inisiatif membangunkan blog Motivasi Kejayaan agar kita semua boleh mendapatkan artikel-artikel motivasi dan pembangunan diri secara online di Internet.
tidak lama lagi blog Motivasi Kejayaan akan menjadi popular satu hari nanti, menjadi tempat rujukan motivasi di Internet disamping menyediakan tips, video motivasi mahupun konsultasi percuma melalui email. Saya melihat potensi yang besar dalam pasaran Internet Malaysia, kini saudari Norakmal sedang bergerak ke arah itu.
Mari kita berikan sokongan padu kepada saudari Norakmal. Untuk pengetahuan Anda, saudari Norakmal juga merupakan salah seorang dari 25o email subscribers dan merupakan pengunjung tetap blog Shueqry Berkata.
Thank You

Bahasa mana Yang PENTING?

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris membantu pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris.February 5, 2007
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris memberikan kesan kepada pemikiran yang positif kepada Bahasa Inggeris. Pemikiran pelajar akan memberi arahan atau tindakan yang membantu mereka menguasai bahasa itu supaya mereka boleh mendapat markah yang tinggi dalam Sains dan Matematik.
Manusia tidak menyukai sesuatu yang menyakitkan. Manusia menjauhi perkara yang mendatangkan kesan yang menyakitkan. Maka pelajar tidak mahu gagal atau mendapat markah yang rendah dalam subjek Sains dan Matematik. Mereka akan memaksa diri untuk menguasai Bahasa Inggeris.
Kerana pelajar tidak mahu markah yang rendah. Markah rendah tidak cemerlang. Ini menyakitkan. Lebih baik berusaha bersusah payah menguasai Bahasa Inggeris dari mendapat markah rendah yang lebih menyakitkan.
Banyak ilmu-ilmu dan artikel ilmiah dalam Bahasa Inggeris. Dunia era globalisasi memerlukannya. Bahasa Melayu masih terus sebagai Bahasa Kebangsaan Negara dan masih menjadi subjek utama dalam PMR dan SPM.
Bahasa Melayu perlu di promosikan secara lebih aktif oleh pakar, ahli bahasa Melayu dan badan-badan yang berkaitan dengannya. Lebih banyak aktiviti dan strategi untuk menonjolkan imej Bahasa Melayu boleh dijalankan di pelbagai peringkat dan bidang kehidupan.
Bahasa Melayu masih tetap sebagai Bahasa Kebangsaan yang menyatukan rakyat Malaysia. Jati diri orang Melayu bergantung kepada berbagai aspek. Banyak aspek-aspek lain yang meyebabkan orang Melayu rendah jati dirinya. Aspek bahasa sangat sedikit kesannya kepada jati diri seseorang.
komen:
pada pendapat saya penguasaan bahasa Inggeris adalah sangat penting. Kerana memandangkan keadaan saya yang semakin hampir dengan kerjaya pada beberapa bulan yang akan datang. kebanyakkan syarikat amat memerlukan pekerja yang dapat menguasai bahasa Inggeris yang fasih selain daripada Bahasa Melayu. Walaupun BM merupakan bahasa kebangsaan Malaysia tetapi sebenarnya penguasan Bahasa Inggeris setiap pelajar di setiap peringkat seharusnya dipertingkatkan memandangkan tahap bahasa Inggeris masyarakat muda Malaysia amat teruk berbanding dengan golongan yang lebih berumur. Jika keadaan ini tidak diperbaiki dengan secepat mungkin, maka kita akan tercicir daripada landasan perkembangan dunia dan globalisasi.

Wednesday, March 5, 2008

senamanlah untuk anda

Senaman Untuk Jantung Sihat


Oleh: DATUK DR. KHOO KAH LIN (Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin dan Jurulatih Kecergasan, Irene Nazira Lee)
PENYAKIT kardiovaskular (CVD) ialah pembunuh no. 1 di Malaysia. Ini tidak menghairankan kerana 25 peratus daripada penduduk kita digolongkan sebagai gemuk - tiga juta mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, 2.1 juta menghidap kencing manis dan 10,000 kes strok dicatatkan setiap tahun.
Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi menjadi faktor risiko utama bagi sakit jantung koronari. Secara perbandingannya, risiko sakit jantung koronari yang dikaitkan dengan ketiadaan aktiviti fizikal adalah antara 1.5 hingga 2.4, iaitu peningkatan risiko yang sebanding dengan kadar kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan merokok.
Sebenarnya kegiatan ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.
Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.

komen:
oh rupanya 1/4 penduduk Malaysia tidak mengamalkan tabiat senaman. Dan rupanya akan memudaratkan nyawa kita. jika kita bersenam pun tidak bermasuk kita tidak akan kena penyakit jantung tetapi hanya akan mengurangkan kebarangkalian menghidap penyakit ini jika anda sanggup mengelakkan faktor risikonya.Semua orang sedar betapa pentingnya senaman untuk menjaga kesihatan jantung tetapi tidak melakukannya kerana tidak tahu tentang manfaatnya.* Mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan
* Mengawal berat badan
* Memperbaiki tahap kolesterol darah
* Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan tenaga
* Membantu mengurangkan tekanan
* Mengurangkan ketegangan
* Melegakan kebimbangan dan kemurungan dan menaikkan minat dan semangat
* Memupuk amalan yang menyihatkan jantung di kalangan kanak-kanak dan mengurangkan masalah yang menyebabkan sakit jantung dan strok (kegemukan, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, amalan gaya hidup kurang baik dan sebagainya) apabila usia lanjut.
Arus pemodenan telah menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan selesa. Pernahkah anda tertanya mengapa moyang dan datuk nenek kita hidup lebih lama daripada anak-anak kita hari ini.
Puncanya mungkin sikap pemalas dan kurang melakukan kegiatan fizikal. Sudah tiba masanya kita menjaga kesihatan jantung dengan bersenam hari ini!