Best jadi speaker...masa Artistry night

Best jadi speaker...masa Artistry night

Monday, February 25, 2008

pengalaman yang bererti

hari sabtu dan ahad yang lepas, 22-23 februari 2008.saya menyertai program "Kasih Semarak" di sg besar, sabak bernam.Sepanjang masa di rumah anak yatim islam memberi inspirasi yang mendalam,kanak-kanak di situ mempunyai 48orang dari darjah 4-tingkatan 6. mereka semua comel dan naif,serta amat berdisplin.perasaan yang paling bagus apabila berbolak dengan mereka,masa itulah saya rasa semakin dekat dengan hati mereka yang serba tidak sempurna. pada hari ahad itu kami menjemput seorang motivator yang merupakan guru kauseling sebuat sekolah menengah. semasa beliau menaikkan semangat kanak-kanak dengan suruh mereka berdiri, di samping itu tunjuk cara bertepuk tangan yang istimewa, kemudian mengalakkan kanak-kanak turut serta sepanjang sesi motivasi. kemudian beliau menaikkan keyakinan kanak-kanak dengan mengunakan sajak dan tunjukkan contoh bagaimana kita bersedia untuk membuat sesuatu demi mencapai kejayaan. kemudian beliau memberi tips untuk belajar,diantaranya seperti siapkan kerja rumah,catatkan nota apabila guru mengajar,mengulangkaji tanpa disuruh dan membawa pen/nota atau bahan bacaan.