Senaman Untuk Jantung Sihat
Oleh: DATUK DR. KHOO KAH LIN (Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin dan Jurulatih Kecergasan, Irene Nazira Lee)
PENYAKIT kardiovaskular (CVD) ialah pembunuh no. 1 di Malaysia. Ini tidak menghairankan kerana 25 peratus daripada penduduk kita digolongkan sebagai gemuk - tiga juta mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, 2.1 juta menghidap kencing manis dan 10,000 kes strok dicatatkan setiap tahun.
Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi menjadi faktor risiko utama bagi sakit jantung koronari. Secara perbandingannya, risiko sakit jantung koronari yang dikaitkan dengan ketiadaan aktiviti fizikal adalah antara 1.5 hingga 2.4, iaitu peningkatan risiko yang sebanding dengan kadar kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan merokok.
Sebenarnya kegiatan ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.
Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.
komen:
oh rupanya 1/4 penduduk Malaysia tidak mengamalkan tabiat senaman. Dan rupanya akan memudaratkan nyawa kita. jika kita bersenam pun tidak bermasuk kita tidak akan kena penyakit jantung tetapi hanya akan mengurangkan kebarangkalian menghidap penyakit ini jika anda sanggup mengelakkan faktor risikonya.Semua orang sedar betapa pentingnya senaman untuk menjaga kesihatan jantung tetapi tidak melakukannya kerana tidak tahu tentang manfaatnya.* Mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan
* Mengawal berat badan
* Memperbaiki tahap kolesterol darah
* Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan tenaga
* Membantu mengurangkan tekanan
* Mengurangkan ketegangan
* Melegakan kebimbangan dan kemurungan dan menaikkan minat dan semangat
* Memupuk amalan yang menyihatkan jantung di kalangan kanak-kanak dan mengurangkan masalah yang menyebabkan sakit jantung dan strok (kegemukan, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, amalan gaya hidup kurang baik dan sebagainya) apabila usia lanjut.
Arus pemodenan telah menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan selesa. Pernahkah anda tertanya mengapa moyang dan datuk nenek kita hidup lebih lama daripada anak-anak kita hari ini.
Puncanya mungkin sikap pemalas dan kurang melakukan kegiatan fizikal. Sudah tiba masanya kita menjaga kesihatan jantung dengan bersenam hari ini!
Best jadi speaker...masa Artistry night
Wednesday, March 5, 2008
makanlah sarapan pagi
Sarapan Pagi Penting Kepada Pelajar Dan Remaja (Majalah Cahaya 2006) Oleh : Aminuddin Mansor
SARAPAN PAGI PENTING KEPADA PELAJAR DAN REMAJA
Oleh: Aminuddin Mansor
Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi.
Terdapat pelbagai kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:
· Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.
· Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.
· Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.
· Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
· Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.
Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.
Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.
Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.
Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.
Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.
Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.
Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.
Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
komen:
sebenarnya ramai remaja/ pelajar sekolah yang selalu tidak bersarapan. memang benar banyak yang mengadu apabila mengambil sarapan pagi. mereka akan berasa sakit perut,tidak ada selera,tiada masa dan sebagainya. kerana sebelum ini saya juga adalah antara bilangan itu, tetapi setelah saya bergaul dengan kawan-kawan yang amat mementingkan kesihatan dan menyertai seminar kesihatan atau nutrisi seta membaca cerpen tentang kepentingan sarapan pagi. pada ketika itu barulah saya sedar sebab saya mudah rasa mengantuk apabila hadir ke kelas pada awal pagi dan susah untuk tumpulkan perhatian. Rupa-rupanya otak saya langsung tiada sumber untuk memulakan kerja mengingat,tumpukan perhatian dan berfikir. selain itu setelah saya memulakan tabiat mengambil sarapan pagi, perut saya rasa tidak mudah sensitif apabila makan makanan masam dan pedas. dan setiap hari setelah saya mengambil sarapan pagi dengan meminun minuman berprotein tinggi dan penuh dengan vitamin dan bahan mineral serta mengambil masa pendek(5 min). hidup saya mula berubah dan muka saya kelihatan lebih cerah dan bergaya.....so..sama-samalha kita bersarapan pagi.

art pasir
video ini amat mengagumkan,kerana ia telah menggunakan imaginasi yang amat kreatif semasa mempersembahkan kerjanya.setiap langkah juga direka dan diulang-ulang banyak kali sehingga berjaya dan lancar.ia sama seperti hidup kita, kita kena ada perancangan dan berusaha dengan supaya dapat kejayaan yang gemilang dan cemerng. Selain itu, setelah menonton video tersebut saya teringin sangat untuk belajar kebolehan kesenian pasir. kerana ia juga merupakan salah satu tabiat yang amat baik jika dimanfaatkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)