Best jadi speaker...masa Artistry night

Best jadi speaker...masa Artistry night

Wednesday, February 27, 2008

Seminar penjimatan tenaga

TEKS UCAPAN PENUTUPAN SEMINAR PENJIMATAN TENAGA
Tuesday, 29. August 2006, 03:46:54
Assalamualaikum dan salam sejahteraTerlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya dan seterusnya merasmikan penutupan seminar penjimatan penggunaan tenaga hari ini.Saya amat berbangga dan menghargai dayausaha Jawatankuasa Local Agenda (LA21) Alam Sekitar dalam menganjurkan seminar ini yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat umum, khususnya pengguna betapa pentingnya penjimatan penggunaan tenaga. Saya rasa seminar ini diadakan tepat pada masanya dalam kita sama-sama mengalami masalah kekurangan tenaga elektrik di Sandakan. Dalam aspek ini, kita berperanan dalam menjimatkan penggunaan elektrik untuk keselesaan dan faedah bersama.Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan akan mempercepatkan pengurangan sumber tenaga yang memang sedang berlaku di seluruh dunia. Seperkara yang perlu kita ingat ialah 85% tenaga elektrik di negara ini adalah dijana dengan menggunakan bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Pembakaran bahan api tersebut bukan sahaja mengurangkan sumber-sumber semula jadi ini, bahkan menghasilkan karbon monoksida, sulfur dioksida, debu-debu halus dan sebagainya. Semua bahan-bahan ini menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan turut menyebabkan masalah ‘global warming’ atau kepanasan dunia yang memberi impak buruk terhadap alam sekitar di seluruh dunia. Penggunaan tenaga elektrik dengan cekap dan bijaksana bermakna kita boleh menikmati kemudahan dan keselesaan tanpa menjejaskan lagi alam sekitar kita.Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.Saya yakin seminar ini banyak memberikan manfaat kepada para peserta dalam memberikan pendedahan dan peningkatan ilmu supaya kita sama-sama dapat mengambil berat untuk mengurangkan pembaziran tanaga, sama ada di jabatan kerajaan atau pun di rumah. Di samping itu, diharapkan kita semua prihatin dan sedar akan peranan dan tanggungjawab bersama untuk menjimatkan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan di samping membantu dalam pemeliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang.Sebelum mengakhiri ucapan, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur iaitu Jawatankuasa Local Agenda 21 Alam Sekitar yang telah mengambil inisiatif dan langkah bijak dalam menyumbang ke arah penjimatan tenaga. Harapan saya agar seminar ini akan diadakan lebih kerap. Dan bagi semua peserta semoga kesempatan dan peluang menyertai seminar ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menyampaikan mesej yang diperolehi, terutamanya di kalangan ahli keluarga masing-masing.Dengan lafaz bismillahi rahmannirahim, saya dengan sukacitanya menutup seminar penjimatan penggunaan tenaga dengan rasminya.Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmattullahi wabarakatuh

sumber:TEKS UCAPANY.B. ENCIK SAMSUDIN DI MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SEMINAR PENJIMATAN TENAGA

komen: Semasa saya selesa dalam situasi yang mudah mendapat tenanga elektrik,langsung tidak terfikir mereka yang seksa dengan masalah kekurangan tenaga elektik. Saya rasa seminar sedemikian memang harus sentiasa diadakan terutama di kawasan bandar-bandar besar. kerana memandangkan sumber pendapatan dan tekanan hidup yang tinggi mereka hanya mementingkan keselesaan dan menggunakan penghawa dingin di setiap bilik,alat-alat elektronik dan "spot-light" dalam rumah dan pejabat. Memang betul kekurangan bahan fosil di dunia ini semakin teruk dan sampai tahap negatif. Inilah angkara manusia yang menggunakan bahan-bahan semulajadi ini secara berleluasa. pada pendapat saya manusia ini hanya tumpang di dunia ini, kita masih ada generasi yang memerlukan sumber-sumber ini.Maka tanggungjawab menjaga alam sekitar juga